Terma dan Syarat Penyertaan
Kempen Daftar & Menang Bersama PayNet 2025
- Pendaftaran Ahli NADI
Peserta wajib berdaftar sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kelolaan TM yang berdekatan dan mendaftar untuk menyertai Kempen Daftar dan Menang bersama PayNet. - Pembukaan Akaun Bank Perniagaan
Peserta perlu membuka Akaun Bank Perniagaan di mana-mana bank pilihan seperti Maybank, Bank Islam, RHB, AmBank dan lain-lain bank berdekatan.- Alternatif: Boleh membuka akaun melalui program anjuran NADI tertakluk kepada jadual semasa NADI.
- Pendaftaran QR Code Perniagaan
Peserta perlu mewujudkan QR Code perniagaan (contoh: DuitNow QR) dan menyerahkan salinan kepada pihak NADI sebagai syarat penyertaan.
❗ Hanya satu QR Code untuk satu penyertaan sahaja. Tanpa QR Code, penyertaan tidak layak untuk cabutan bertuah. - Ikuti Media Sosial Rasmi NADI
Peserta wajib follow akaun rasmi media sosial NADI di Facebook, Instagram dan TikTok untuk tidak terlepas maklumat terkini berkenaan kempen dan aktiviti semasa. - Pendaftaran SSM (Pilihan)
Peserta yang mempunyai lesen perniagaan (SSM) akan diberikan keutamaan. Namun, usahawan tanpa SSM masih layak menyertai kempen ini. - Hadiah Soundbox Percuma (Terhad)
5 usahawan terawal yang lengkap pendaftaran di setiap NADI akan menerima 1 unit Soundbox secara percuma, terhad kepada 500 unit keseluruhan untuk 100 NADI terawal. - Cabutan Bertuah Secara Langsung
Cabutan bertuah akan disiarkan secara langsung di salah satu Facebook rasmi NADI. - Hadiah Cabutan Bertuah Wilayah
Setiap wilayah (Utara, Tengah, Selatan, Timur & Borneo) akan memilih 5 pemenang, dengan hadiah berikut:- Tempat Pertama: RM500.00
- Tempat Kedua: RM300.00
- Tempat Ketiga: RM200.00
- Tempat Keempat: RM150.00
- Tempat Kelima: RM100.00
- Cabutan Utama
Seorang pemenang bertuah akan memenangi Cabutan Utama bernilai RM2,000.00. - Pemakluman Pemenang
Pemenang akan dihubungi semasa siaran langsung. Sekiranya tidak dapat dihubungi selepas dua kali cubaan, cabutan baharu akan dilakukan. - Tarikh Tutup Penyertaan
Tarikh tutup penyertaan ialah 30 November 2025. Cabutan akan dijalankan seminggu kemudian dan tarikh serta masa akan dimaklumkan melalui Facebook rasmi NADI. - Syarat Tambahan
- Hadiah adalah seperti yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar ganti.
- Peserta tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan setelah mendaftarkan diri.
- Sebarang penipuan atau maklumat palsu boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan serta-merta.
📲 Untuk sebarang pertanyaan,
sila hubungi kami:
📞 Fatin Farhana: 017-9084825
📞 Wan Nurul Shafiqah: 012-9459604
