2 September 2019 : Microsoft Word: Edit Buku Skrap
| Tarikh | : | 2 September 2019 |
| Masa | : | 3.00 petang – 5.00 petang |
| Tempat | : | Bilik Latihan PI Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Pelajar sekolah rendah |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kegunaan computer yang boleh membantu dalam pembelajaran harian.
Aktiviti
Menunjukkan cara mencari maklumat yang diperlukan di internet dan mengolah maklumat yang dijumpai. Mengajar cara-cara bagi mengambil maklumat penting dan gambar dari internet dan memindahkannya ke dalam format word. Mendedahkan pelajar mengenai format dan cara yang betul untuk membuat tugasan. Menambah pengetahuan mengenai aplikasi yang boleh digunapakai dalam kerja seharian. Pelajar mendapat ilmu dan kemahiran yang boleh membantu menyelesaikan kerja.Pelajar diberi penerangan mengenai format buku skrap yang sepatutnya. Pelajar diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara mencari maklumat di internet dan memindahkan maklumat tersebut ke dalam bentuk Microsoft Word menggunakan format yang betul. Penyelia turut mencetak maklumat untuk memberi gambaran penuh kepada pelajar mengenai tugas yang diberikan.