mcmc
Laporan Aktiviti

22 September 2019 : Dashboard Komuniti

    Tarikh  22 September 2019 
    Masa  3.00 petang – 4.00 petang 
    Tempat  Bilik Latihan PI Felda Sungai Retang 
    Penglibatan  Pelajar sekolah rendah

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi yang disediakan oleh Pusat Internet untuk kegunaan komuniti. 

 

Aktiviti

Pelajar memuatnaik kerja-kerja komputer yang pernah disediakan sepanjang menghadiri kelas komputer yang disediakan oleh Penyelia. Menunjukkan kepada pelajar cara-cara untuk memuatnaik kerja komputer yang disediakan ke dalam aplikasi dashboard sebagai rekod yang boleh disemak oleh pelajar bila-bila masa sahaja. Mendedahkan pelajar mengenai kepentingan aplikasi dashboard yang disediakan oleh Pusat Internet. Menambah pengetahuan mengenai aplikasi yang boleh digunapakai dalam kerja seharian. Pelajar dapat menyimpan rekod kerja yang pernah dilakukan. Pelajar diberi penerangan mengenai cara-cara untuk login ke aplikasi dashboard menggunakan kata laluan yang betul. Pelajar diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk memuatnaik dokumen ke dalam aplikasi dashboard.Penyelia turut membantu pelajar memuatnaik dokumen dengan betul dengan menyemak rekod id dan kata laluan yang betul.

Gambar di sini