Tarikh | : | 23 November 2019 |
Masa | : | 9.00 pagi – 10.00 pagi |
Tempat | : | Bilik Latihan PI Felda Sungai Retang |
Penglibatan | : | Pelajar sekolah rendah (Junior) |
Tujuan
Menambah kemahiran pelajar dalam menggunakan Movie Maker dengan mencipta sebuah video.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai cara-cara membuat sebuah video. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencipta sebuah video menggunakan kreativiti sendiri bertemakan adab menggunakan internet. Mendedahkan pelajar mengenai kepentingan aplikasi ini dalam kerja seharian. Menambah pengetahuan mengenai aplikasi yang boleh digunapakai dalam kerja seharian. Pelajar dapat menambah kemahiran dan pengetahuan dalam membuat sebuah video. Penyelia memberi penerangan ringkas mengenai Movie Maker. Pelajar diberikan tunjuk ajar bagi membuat sebuah video dengan format yang betul. Memberi tugasan kepada pelajar untuk mencipta sebuah video. Penyelia turut menunjukkan contoh-contoh video yang boleh dirujuk di internet kepada pelajar.