mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawan Suku Tahun 3/2018 : Rosida binti Johan

1
   NAMA ROSIDA BINTI JOHAN 
   UMUR  48 TAHUN 
   KEAHLIAN  22 APRIL 2018

 

Latar belakang

Puan Rosida sudah memulakan perniagaan secara luar talian sejak 3 tahun yang lalu. Beliau sudah berkahwin dah tinggal bersama ibu mertua serta adk beradik yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menjalankan perniagaan di hadapan rumah dan mengambil order dari guru atau persatuan di kawasan kampung. Pendapatan beliau sekitar RM100 sebulan dan kurang pelanggan dek kerana kurang promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau memulakan promosi di media sosial setelah belajar sendiri cara-cara menggunakan aplikasi Whatsapp. Beliau juga menyertai kelas usahawan dan program yang Pusat Internet Felda Sungai Retang jalankan bagi mempromosikan perkhidmatan aiskrim beliau. Kini beliau menerima tempahan bagi semua jenis majlis keraian seperti majlis kahwin. Pendapatan beliau kini sekitar RM500-800 sebulan.