Carta Organisasi Masjid Jamek Felda Sungai Retang
Sejarah Masjid Jamek Felda Sungai Retang
Pada pringkat permulaannya masjid ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung bagi memenuhi keperluan solat berjemaah dan menunaikan solat jumaat. Pada tahun 1978 masjid baru berukuran 3,149 meter persegi dibina. Majlis perasmian oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Tengku Mahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar dengan nama Masjid Jamek Felda Sungai Retang. Pada tahun 2013, unit penyelarasan pelaksanaan jabatan menteri (ICU) teah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 bagi membina dan membaik pulih di atas tapak masjid sedia ada. Pada 15 Disember 2013, kerja-kerja pembinaan bermula dan siap pada 1 April 2014. Masjid ini dapat menampung seramai 600 orang jemaah.
VISI dan MISI
Masjid ini telah menjadi sebuah institusi utama dan terpenting dalam memimpin, memandu dan membangunkan umat khususnya dari aspek ibadah, keilmuan, sosial dan kekeluargaan. Kearah membina kesedaran dan membentuk pemikiran masyarakat terhadap kepentingan dan peranan institusi masjid negeri Pahang Darul Makmur.
OBJEKTIF
Objektif pembinaan masjid dan pelaksanaan organisasi masjid ke arah pembangunan institusi masjid yang tepat :
*Menjadikan masjid sebagai standard model dalam aspek pengurusan dan pengimarahan kepada masjid-masjid lain di Malaysia.
*Mentadbir dan mngurus masjid secara amanah, telus dan berkesan.
*Mengamal, menghayati dan mempertahankan kesucian islam melalui masjid.
*Menyemai perasaan muhibah di antara ahli kariah dan menyemarakkan semangat bekerjasama dan gotong-royong dalam hal kebajikan.
*Menjadikan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, dakwah, perpaduan, pembangunan, pengurusan dan kepimpinan.