PROGRAM ADVOKASI DASHBOARD – MYSKOOL
Pada 24 Disember 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Sungai Retang telah mengadakan Program Advokasi Dashboard-Myskool. Program ini telah tertumpu kepada pelajar-pelajar dan juga terbuka kepada belia setempat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan aplikasi Dashboard kepada penduduk setempat terutama kepada pelajar dan guru-guru sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti dan kelas yang telah kami jalankan pada hari program ini berlangsung.
Sebelum kelas dijalankan petugas memberikan taklimat Dashboard-Myskool kepada pelajar, guru dan ibu-bapa mengenai cara untuk menggunakannya. Petugas juga meminta mereka memuat turun aplikasi Dashboard untuk kemudahan mereka. Selepas taklimat selesai, peserta yang mendaftar untuk kelas mengambil tempat dan memulakan kelas bersama petugas.
Antara Kelas yang kami adakan adalah :
KELAS POSTER
- Kelas poster terbuka kepada semua pelajar dan belia.
- Menumpukan kepada cara untuk membuat poster aktiviti harian.
- Peserta yang hadir : 12 orang.
KELAS PUBLISHER
- Terbuka kepada pelajar, belia dan usahawan.
- menumpukan kepada cara untuk membuat resit,kalendar dan lain-lain.
- Peserta yang hadir : 14 orang
KELAS KEYBOARDING
- Terbuka kepada semua.
- Menumpukan kepada cara menaip dengan betul
- Peserta yang hadir : 10 orang.