mcmc
Keusahawanan

Perkhidmatan Homestay

zainab

Puan Zainab merupakan seorang surirumah dan suaminya juga tidak bekerja. Mereka memiliki sebuah Homestay bersebelahan dengan rumah beliau. Kehidupan mereka hanyalah bergantung kepada gaji bulanan hasil ladang masih tidak mencukupi untuk menampung anak yang masih bersekolah.

Sebelum ini, “Homestay” beliau hanya dikenali oleh orang kampong dan yang tinggal berdekatan sahaja. Homestay beliau sering menjadi pilihan terakhir oleh kebanyakan keluarga yang ingin menginap jika ada sebarang kenduri. Pendapatan kasar beliau hanya sekitar RM500 sebulan.

Beliau mengetahui mengenai keistimewaan kelas keusahawanan PI adalah melalui rakan-rakan. Justeru itu, beliau terus menghadiri kelas keusahawanan yang telah disediakan dan belajar cara mempromosikan prkhidmatan “Homestay” beliau. Setelah membuat promosi menggunakan aplikasi dashboard Myshop dan whatsapp beliau kini menjana pendapatan hampir RM2000 sebulan.