mcmc
JKKK

SQUAD BANJIR ( KAMI PRIHATIN )

1

Pada 27 Januari 2017, Kawasan mukim Tembeling Tengah telah dilanda banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah disekitar kampung yang berhampiran dengan Felda Sungai Retang. Disamping itu, Felda Sungai Retang juga terbabit kerana terputus hubungan dengan pihak luar/bandar. Justeru itu, di atas inisiatif terbaik dari ketua kampung Encik Suran bin Jaffar, beliau serta merta menubuhkan squad banjir Felda Sungai Retang dianggotai oleh belia dan warga JKKK Felda Sungai Retang.

Disebabkan itu, bantuan telah selamat sampai ke tempat-tempat yang telah dilanda banjir. Bukan itu sahaja, penduduk setempat yang terputus hubungan juga diberikan bantuan. Setelah banjir beransur surut, pihak Squad banjir pergi beramai-ramai membantu mangsa-mangsa mencuci dan mengemas rumah mereka. Ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban dugaan yang menimpa mereka.

TERIMA KASIH SQUAD BANJIR (KAMI PRIHATIN) 

 2 3 4 5 6 7 8 9 10