SAMBUTAN HARI MALAYSIA FELDA SUNGAI RETANG.
Pada 17 September 2017, penduduk kampung Felda Sungai Retang telah mengadakan sambutan Hari Malaysia. Hari Malaysia telah jatuh pada 16 September 2017 iaitu pada hari sabtu. Felda Sungai Retang pula mengadakan sambutan pada hari Ahad dan mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk setempat. Program ini diadakan di Padang Awam Felda Sungai Retang. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya seperti berikut.
- Pakaian Beragam dari bendera malaysia.
- Basikal dan motor berhias dengan bendera.
- Karoake lagu patriotik dan sajak.
- Pertandingan kampung dan sukaneka untuk kanak-kanak.
- Pertandingan memasak dan gubahan bunga.
