mcmc
Sejarah

Sejarah

peta lokasi

 SEJARAH FELDA SUNGAI RETANG

 

Telah dibangunkan pada tahun 1971 dimana ianya berkeluasan 2283.40. Sebanyak 162.50 hektar digunakan sebagai kawasan perumahan dengan bilangan penduduk seramai 489 orang peneroka. Jumlah penduduk sehingga kini mencecah 4850 orang tidak termasuk kakitangan kerajaan, petugas felda, petugas FTPSB dan kakitangan sekolah. Kawasan tanah rancangan ini dimajukan dengan tanaman sawit. Terletak lebih kurang 30 km dari kawasan perlancongan negara, Taman Negara dan 35 km dari kawasan bandar Jerantut, Pahang.

Asal nama Sungai Retang telah diambil dari nama sebatang anak sungai yang mengalir terus ke Sungai Pahang (pertemuan diantara Sungai Tembeling dan Sungai Jelai) dimana ditebingnya terdapat sejenis pokok balak yang dinamakan Pokok Retang (mengikut cerita mulut orang lama).

Felda Sungai Retang jaraknya diantara bandar Jerantut ke Felda Sungai Retang lebih kurang 34KM. Laluan daripada Felda Sungai Retang ini jika anda meneruskan perjalananya anda akan sampai ke Taman Negara Kuala Tahan, jaraknya lebih kurang 79 KM daripada bandar Jerantut dan mengambil masa lebih kurang 1jam 15 minit, jika anda ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Tahan. Hari ini penulis hanya sekadar ke Felda Sungai Retang sahaja.