mcmc
Maklumat Am

Latihan Kejurulatihan Modul Internet Selamat (NADI) Negeri Sembilan

MCMC telah menjalankan Latihan Kejurulatihan Modul Internet Selamat bersama 62 Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Sembilan bagi memperkasa komuniti melalui ilmu pengetahuan berkaitan keselamatan internet.

Latihan ini bertujuan melatih para peserta untuk menjadi jurulatih yang mampu menyampaikan mesej penggunaan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab kepada masyarakat setempat.

Kandungan latihan merangkumi pelaksanaan Modul Internet Selamat mengikut peringkat umur, iaitu 7–9 tahun, 10–12 tahun, 13–17 tahun dan 18–30 tahun. Modul-modul ini direka bagi memastikan pendekatan yang sesuai dan berkesan mengikut kumpulan sasaran masing-masing.

#MCMC

#KempenInternetSelamat

#NADI