Taman negara pahang adalah salah satu tempat perlancongan yang terdapat di Jerantut pahang. Kebanyakkan pelancong luar negara mahupun dalam negara menjadikan Taman Negara tempat untuk merasai sendiri kehidupan didalam hutan.Taman Negara Pahang juga merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia, ianya juga salah satu tempat yang menarik untuk pengembara yang sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Terdapat beberapa aktiviti yang menarik di taman negara iaitu jungle tracking, canopy walk, melawat perkampungan orang asli, Rapid Shooting,Menaiki Bot ke Lata Berkoh & Memberi makan ikan kelah, melihat haiwan liar, memancing, Eksplorasi gua, Mendaki Gunung Tahan dan Eksplorasi Air terjun.