ENGLISH TUITION
| Tarikh | : | 4,25 November 2017 |
| Masa | : | 9.00 pagi – 11.00 pagi |
| Tempat | : | “Surfing Area” PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | 2 orang pelajar |
Tujuan
Membantu memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah dan memahirkan tatabahasa Bahasa inggeris.
Aktiviti
Aktivitinya adalah Pembelajaran kata adjektif, dan kata nama serta membuat latih tubi. Petugas menyemak kertas soalan peperikasaan dan membuat pembetulan serta memperbaiki kesilapan dan kelemahan dalam menjawab soalan pemeriksaan.
KELAS ICT : GPW E
| Tarikh | : | 9,16,23 November 2017 |
| Masa | : | 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Tempat | : | Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Sg Retang |
Tujuan
Membantu para wanita untuk lebih berdaya saing dan juga untuk membina wanita yang celik IT.
Aktiviti
Antara aktiviti adalah peserta diberi pengetahuan untuk mengetahui cara-cara untuk memasukan bentuk-bentuk serta pengubahsuaian sesuatu bentuk. Mengubah kedudukan sesuatu bentuk dari suatu tempat ke tempat yang lain dan mengenali internet serta cara penggunaannya. Mempelajari menggunakan browser dan ‘enjin carian’ ,belajar mencari tutorial pembuatan sesuatau di laman ‘YOUTUBE’ dan melakukan latihan berdasarkan latihan yang diberikan. Disamping itu, peserta diajar cara mencari bahan di internet dengan menggunakan ‘enjin carian’ ‘goggle’ dan menonton cara membuat kek coklat di laman youtube.
TABIKA KEMAS : MOUSE AND KEYBOARDING CLASS
| Tarikh | : | 17 November 2017 |
| Masa | : | 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Tempat | : | “Surfing Area” PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Pelajar Tabika Kemas Felda Sungai Retang |
Tujuan
Membantu peserta untuk memiliki kemahiran menaip secara professional supaya dapat membina masyarakat yang berdaya saing.
Aktiviti
Modul yang diajar adalah mengenali kekunci yang terdapat pada keyboard dan juga mengenal pasti fungsi pada papan kekunci. Di akhir kelas peserta diberi tayangan penerangan dan animasi.
HARI DASHBOARD KOMUNITI
| Tarikh | : | 18 November 2017 |
| Masa | : | 9.00 pagi – 2.00 petang |
| Tempat | : | PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Komuniti Felda Sungai Retang |
Tujuan
Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti dan mendorong komuniti untuk berkomunikasi di laman ‘Dashboard Komuniti’
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas adalah mengadakan Pertandingan. Antaranya adalah Selfie terbaik, ‘view & win’, Best product (myshop), Pemeriksaan kesihatan dan Lucky Draw.
PROGRAM I-BESTARI SEKOLAH RENDAH
| Tarikh | : | 29 November 2017 |
| Masa | : | 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Tempat | : | Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Mendorong para pelajar agar menjadi lebih celik IT dan memperkenalkan cara mudah dan efektif dalam melakukan pembelajaran.
Aktiviti
Taklimat pengenalan kepada mySkool Dashboard Komuniti serta memperkenalkan kepada pelajar tentang laman i-Bestari serta kelebihannya. Tutorial oleh Cikgu Shah kepada cara penggunaan laman tersebut dan praktikal penggunaan laman i-Bestari oleh para pelajar.