mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Suku Tahun 1/2018 : Azyanti binti Aziz

2
NAMA AZYANTI BINTI AZIZ 
UMUR  36 TAHUN 
KEAHLIAN  24/2/2017 

 

Latar belakang

Puan Azyanti merupakan ibu kepada 3 orang cahayamata. Beliau juga bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Jerantut sebagai staf pendaftar. Beliau berniaga untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga beliau . Tambahan lagi, beliau menyahut cabaran untuk berniaga sebagai kerja kedua yang disarankan oleh ahli keluarganya. Tempat bekerja beliau agak jauh daripada rumah dan banyak menggunakan wang untuk berulang alik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau sering mengeluh kerana produk yang beliau jual kurang mendapat sambutan sedangkan beliau jual barang yang sudah menjadi “viral” di Malaysia. Beliau kurang pengetahuan dan cara untuk mempromosikan produk beliau supaya kelihatan lebih menarik dan kreatif. Keuntungan dari perniagaan secara atas talian beliau hanya mendapat sekitar RM100 sebulan. Beliau hampir berputus asa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah wujudnya PI dan setelah beliau mengetahui keistimewaan yang ada beliau terus menjadi ahli dan mula hadir ke setiap kelas computer. Melalui promosi yang petugas PI jalankan untuk memperkenalkan PI beliau mula menjadi “excited” untuk menyertai kelas keusahawanan yang disediakan. Disebabkan beliau bekerja pada setiap hari isnin sehingga Jumaat , petugas menyediakan kelas Khas untuk beliau mendalami ilmu dalam keusahawanan. Beliau sanggup mengambil cuti sebulan sekali setiap Jumaat semata-mata untuk hadir ke kelas. Setelah hampir 2 bulan belajar , kini keuntungan yang beliau peroleh melebihi RM500 sebulan.