Puan Zimah menyediakan perkhidmatan melukis inai secara kecil-kecilan, hanya melibatkan kenalan dekat dan saudara – mara. Beliau mula menceburi bidang ini sekitar tahun 2014, kemudian mula memasarkan perkhidmtan beliau melalui laman sosial.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah sekitar 5 – 10 orang sahaja sebulan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Sungai Retang, beliau kini lebih arif degan cara yang efektif bagi mempromosikan dan memperekenalkan produk beliau.
Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700. Tambahan beliau turut menerima tempahan bagi Majlis Perkahwinan, dimana pelanggan temui Perkhidmatan beliau melalui laman social, dan juga aplikasi Dashboard (Myshop).