mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT Suku Tahun 4/2017 : Nor Asmah bt Othman

  Nama Nor Asmah bt Othman 
  Umur  49 tahun 
  Keahlian  11/5/2017 

 

Latar belakang

Puan Asmah merupakan seorang surirumah yang tidak bekerja. Beliau berniaga hanya untuk menambahkan pendapatan keluarga. Beliau mempunyai seorang anak yang kurang sihat(sindrom down) yang memerlukan kesabaran yang tinggi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau adalah seorang yang tidak tahu langsung mengenai ICT dan cara penggunaanya. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit yang dibeli hanya untuk menghantar pesanan ringkas(sms) dan panggilan sahaja. Beliau tidak pernah mengetahui kebaikan dan kelebihan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengetahui mengenai kewujudan PI dari penduduk kampong beliau serta merta mendaftar menjadi ahli. Beiau juga adalah seorang yang rajin hadir ke kelas yang disediakan dan rajin bertanya. Kini, beliau sudah mahir menggunakan aplikasi whatsapp dan Facebook hasil tunjuk ajar dari petugas PI. Perniagaan beliau kini bertambah maju dan sudah tiada masalah jika orag ingin membuat tempahan. Beliau sendiri gembira dengan kemajuan yang beliau ada.