| NAMA | : | NUR ASMIZA NADIEHA BINTI ISMAWI |
| UMUR | : | 13 TAHUN |
| KEAHLIAN | : | 7 OGOS 2016 |
Latar belakang
Adik Asmiza seorang pelajar sekolah yang menetap di Felda Sungai Retang. Beliau tidak mempunyai apa-apa jenis sumber pendapatan tetapi beliau rajin membantu ibu bapa beliau berniaga. Beliau sudah mula datang menggunakan perkhidmatan PI sejak dibuka dan antara yang terawal menjadi ahli.Beliau sekarang bersekolah di Sekolah Menengah Padang Saujana Jerantut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau banyak menghabiskan masa di Cyber Café untuk menyiapkan kerja sekolah. Ketika wujudnya Pusat Internet Felda Sungai Retang beliau dan kawan-kawan antara ahli yang terawal mendaftar sebagai ahli dan mula mendartar kelas-kelas yang petugas sediakan. Di Cyber Café semua kerja-kerja yang perlu disiapkan perlu dibuat sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pekerja. Kebanyakkan kerja-kerja kursus yang beliau mesti siapkan sentiasa mendapat markah yang rendah dan selalu mendapat kritikan kurang kreatif dari guru beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftarkan diri di Pusat Internet Felda Sungai Retang, beliau sedar banyak kebaikan yang beliau dapat bagi menambahkan pengetahuan supaya kerja-kerja sekolah beliau dapat disiapkan dengan cepat dan baik. Petugas banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau dan kelas-kelas yang dihadiri beliau semuanya sangat membantu. Melalui kelas yang dihadiri oleh beliau dan kawan-kawan, beliau lebih terdedah dengan penggunaan computer dan semakin hari beliau semakin mahir menggunakan computer.Petugas dan guru di sekolah juga kagum melihat perubahan beliau dan bangga melihat kemahiran beliau menggunakan computer. Bukan itu sahaja, beliau tidak lokek dengan ilmu malah beliau selau menjadi tempat rujukan kawan-kawan mengenai computer.
