mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT Suku tahun 2/2017 : Shaari bin Ramli

  Nama  Shaari bin Ramli 
  Umur  48 tahun 
  Keahlian  2016

 

Latar belakang

En Shaari telah mula berniaga secara kecil-kecilan sejak dari 10 tahun yang lalu. Kehidupan seharian beliau banyak bergantung kepada hasil perniagaan kedai makan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau tidak banyak menggunakan khidmat PI tetapi dari segi pembelajaran anak beliau, beliau selalu menggunakan perkhidmatan ICT yang telah disediakan. Contohnya, sewaktu anaknya dipanggil untuk ditemuduga beliau perlu membuat kemaskini dokumen anaknya dan diemail kepada pihak tertentu. Jadi dengan adanya kelas ICT beliau sudah pandai untuk membuat email sendri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas usahawan yang telah dijalankan, beliau kini sudah mahir menggunakan internet dan komputer. Semua kerja-kerja berkaitan pertanian dan perniagaan kedai makannya di buat melalui perkhidmatan yang telah disediakan di sini. Kini beliau tidak lagi susah untuk mencari tempat bagi mengemaskini semua dokumen beliau dan anaknya.