mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT Suku tahun 3/2020 : Wan Irdina Hanum binti Wan Mohd Azrin

hanum
 NAMA WAN IRDINA HANUM BINTI WAN MOHD AZRIN 
 UMUR  11 
 KEAHLIAN  17 MAC 2018 

 

Latar belakang

Wan Irdina Hanum atau lebih dikenali dengan panggilan Hanum merupakan anak ke 2 daripada 3 orang aik beradik. Beliau bersekolah di Sek Keb Sungai Retang. Beliau mula terlibat dengan Pusat Internet setelah ibunya meminta beliau untuk menghadiri kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau kurang mahir menggunakan computer dan tidak tahu mengenai perkakasan computer. Kerja – kerja sekolah seperti buku skrap sukar disiapkan kerana kurang kemahiran dah memerlukan petugas untuk membantu beliau menyiapkan kerja-kerja tersebut. Beliau  juga malu untuk membentangkan kerja dan buku skrapnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet beliau mula menghadirkan diri ke program dan kelas. Beliau juga tidak pernah terlepas apa-apa kelas yang dijalankan oleh petugas. Beliau sekarag mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office dan sering membantu rakan-rakan ketika di dalam kelas. Kerja sekolah juga tidak memerlukan bantuan daripada petugas malah beliau juga yang menjadi pembantu rakan-rakan yang lain.