| Nama | : | Ahmad Umar Mukhtar bin Khalid |
| Umur | : | 12 tahun |
| Keahlian | : | 22 April 2017 |
Latar belakang
Adik Umar seorang pelajar sekolah yang menetap di Felda Sungai Retang. Beliau seorang pelajar yang rajin dan selalu membuat “group discussion” dengan kawan-kawan. Beliau tinggal dengan neneknya sejak berumur 5 bulan lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau membuat ‘group discussion’ di ‘Cyber Café’ untuk menyiapkan kerja sekolah. Ketika wujudnya Pusat Internet Felda Sungai Retang beliau dan kawan-kawan antara ahli yang terawal mendaftar sebagai ahli dan mula mendartar kelas-kelas yang petugas sediakan. Beliau antara pelajar cemerlang di sekolah tetapi dari segi pengetahuan mengenai computer , beliau sangatlah rendah. Kebanyakkan kerja-kerja kursus yang beliau mesti siapkan sentiasa mendapat markah yang rendah dan selalu mendapat kritikan kurang kreatif dari guru beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftarkan diri di Pusat Internet Felda Sungai Retang, beliau sedar banyak kebaikan yang beliau dapat bagi menambahkan pengetahuan supaya kerja-kerja sekolah beliau dan rakan-rakan dapat disiapkan dengan cepat dan baik. Kelas-kelas yang dihadiri beliau semuanya sangat membantu dan banyak memudahkan kerja beliau. Melalui kelas yang dihadiri oleh beliau dan kawan-kawan, beliau lebih terdedah dengan peenggunaan computer serta kebaikan dan keburukan internet. Petugas dan guru di sekolah juga kagum melihat perubahan beliau dan bangga melihat kemahiran beliau menggunakan computer. Bukan itu sahaja, beliau tidak lokek dengan ilmu malah beliau selau menjadi tempat rujukan kawan-kawan mengenai computer. Beliau juga menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah rendah dan juga madrasah yang dihadiri beliau.
