mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT Suku Tahun 1/2018 : Wan Nurul Natasya bt Wan rushdi

1

MENAIP, MENCETAK, MENGEDIT

NAMA  WAN NURUL NATASYA BT WAN RUSHDI 
UMUR  13 TAHUN 
KEAHLIAN  7/8/2016 

 

Latar belakang

Adik Natasya seorang pelajar sekolah yang menetap di Felda Sungai Retang. Beliau tidak mempunyai apa-apa jenis sumber pendapatan tetapi beliau rajin membantu akak dan emak saudara beliau berniaga. Beliau sudah mula datang menggunakan perkhidmatan PI sejak dibuka dan antara yang terawal menjadi ahli.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum wujudnya PI beliau dan kawan-kawan banyak menghabiskan masa di “cyber Café” yang ada di Felda Sungai Retang. Beliau selalu merungut susah untuk menyiapkan kerja sekolah kerana kurang mendapat bantuan dari petugas CC tersebut dan beliau juga kurang pengetahuan dari segi penggunaan computer. Kebanyakkan kerja-kerja kursus yang beliau mesti siapkan sentiasa mendapat markah yang rendah dan selalu mendapat kritikan kurang kreatif dari guru beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah wujudnya PI dan setelah beliau mengetahui keistimewaan yang ada beliau terus menjadi ahli dan mula hadir ke setiap kelas computer. Melalui kelas yang dihadiri oleh beliau dan kawan-kawan, beliau lebih terdedah dengan penggunaan computer dan semakin hari beliau semakin mahir menggunakan computer. Tambahan lagi, setiap kali ada kerja yang harus disiapkan beliau tidak perlu lagi menggunakan gunting,warna dan sebagainya kerana beliau menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang beliau ada untuk menjadikan kerja beliau lebih kemas dan kretif. Petugas dan guru di sekolah juga kagum melihat perubahan beliau dan bangga melihat kemahiran beliau menggunakan computer. Bukan itu sahaja, beliau tidak lokek dengan ilmu malah beliau selau menjadi tempat rujukan kawan-kawan mengenai computer.