mcmc
Sejarah

IDENTITI RANCANGAN FELDA SUNGAI RETANG

Picture1

MUSSEANDA ERYTHROPHYLLA

Tumbuhan ini diberi nama Musseanda Erythrophylla atau lebih dikenali dengan nama umum Bunga Janda Kaya dan dijadikan bunga ikonik Felda Sungai Retang kerana keterampilan rancangan di Wilayah Jengka yang menampilkan flora sebagai identiti rancangan sendiri. Spesis Mussenda yang berasal dari Benua Afrika jelas sekali bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

 

Picture2

REPLIKA PERAHU KAJANG

Replika ini merupakan ikonik paling kerap digunakan di dalam kawasan rancangan yang turut ditampilkan melalui papan tanda masuk, papan tanda blok, papan tanda nombor rumah dan peti surat peribadi rumah peneroka. Replika ini juga dipilih sebagai ikonik Felda Sungai Retang kerana lokasi rancangan yang berhampiran dengan lokasi eko-pelancongan, Taman Negara, cukup sinonim dengan pengangkutan air di kawasan Sungai pahang.