





Alhamdulillah, Malaysia mencatat lonjakan membanggakan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23, pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu.
Ini petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil. Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta.
Prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. Ia adalah antara asas penting dalam perjalanan kita untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.
MalaysiaMADANI
MADANIbekerja
Facebook
https://www.facebook.com/share/p/15uic8TrJw/?mibextid=wwXIfr
Instagram
https://www.instagram.com/p/DK_EIAFTxsx/?igsh=MTQwZXp2aGhiZDZkbA==
X
https://x.com/anwaribrahim/status/1934802602656715037?s=46
Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C
Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official
