mcmc
Keusahawanan

Kedai Nasi Lemak dan Kuih Tradisional

kedai nasi lemak

Puan Sharinun seorang surirumah yang tidak bekerja dan mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Suami beliau hanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Beliau mula berniaga nasi lemak pada awal tahun 2018 pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi.

Sebelum ini pelanggan beliau hanya beberapa orang kerana mempunyai beberapa lagi kedai yang menjual makanan pada waktu pagi. Pendapatan beliau hanya sekadar RM20-RM30 setiap hari dan makanan jualan beliau selalu tidak habis.  

Selepas beliau mendaftar ahli di PI Felda Sg Retang beliau mula terlibat dengan program dan kelas yang petugas sediakan. Melalui kelas dan program tersebut pandangan beliau terbuka mengenai keberkesanan perniagaan dan promosi atas talian. Setelah mendapat tunjuk ajar dari petugas beliau mula mempromosikan kedai nasi lemak beliau. Kini, pendapatan beliau mencecah RM40-RM50 sehari dan makanan yang dijual hampir tidak cukup dek kerana pelanggan yang ramai.