mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawan Suku Tahun 3/2020 : Zaidah binti Mohamad

zaidah
 NAMA ZAIDAH BINTI MOHAMAD 
 UMUR   45 TAHUN 
 KEAHLIAN  23 NOVEMBER 2016 

 

Latar belakang

Puan Zaidah dan suami memulakan perniagaan gerai makanan dan kuih muih bermula pada Januari 2020 sebelum bermulanya PKP di seluruh Negara. Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Suami beliau hanya bekerja sendiri di kampung dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Beliau dan suami tinggal bersama dengan adik beradik suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Masalah untuk mendapatkan perniagaan yang stabil untuk menampung keluarganya menjadi perkara yang sering difikirkan. Beliau sebelum ini hanya surirumah dan kurang kefahaman mengenai penggunaan computer. Beliau juga tidak tahu bagaimana untuk berniaga secara atas talian seperti orag lain. Pendapatan beliau hanya atas suami nya sahaja. Pendapatan suami hanya RM800 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet beliau mula menghadirkan diri ke program dan kelas. Beliau juga mempunyai kelas peribadi dengan petugas kerana kekangan masa dan beliau tidak pernah terlepas dari menghadiri. Melalui kelas yang dijalan beliau mula belajar teknik dan tips promosi yang betul dan efektif. Atas dorongan, petugas beliau akhirnya membuka gerai makanan dan kuih muih sebagai punca pendapatan utama keluarga beliau. Sekarang, pendapatan beliau mencecah RM2500 sebulan.