mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Suku Tahun 4/2018 : Nor Azniza binti Muksin

facebook
    NAMA  NOR AZNIZA BINTI MUKSIN 
    UMUR  35 TAHUN 
    KEAHLIAN     7 OGOS 2018 

 

Latar belakang

Puan Azniza sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata lelaki. Suami beliau bekerja sendiri di kampung dan beliau hanyalah surirumah yang tidak bekerja. Melihat kepada pendapatan bulanan suami yang hanya cukup-cukup makan sahaja beliau bertekad untuk berniaga supaya beliau boleh membantu suaminya menguruskan keluarga. Beliau memulakan perniagaan makanan secara luar talian tertumpu kepada penduduk kampung sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau perniagaan beliau hanya tertumpu di sekitar kampung Felda Sungai Retang. Beliau hanya berniaga secara luar talian dan tidak pandai membuat jual belia secara atas talian. Tambahan lagi, beliau tidak pernah belajar di mana-mana cara menggunakan computer dan cara berniaga secara atas talian. Pendapatan beliau sepanjang berniaga di luar talian adalah sebanyak rm200-400 sebulan dan kurang pelanggan dek kerana kurang promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau memulakan promosi di media sosial setelah belajar sendiri cara-cara menggunakan aplikasi Whatsapp. Beliau juga menyertai kelas usahawan dan program yang Pusat Internet Felda Sungai Retang jalankan bagi mempromosikan barangan dan makanan yang beliau sediakan sendiri. Kini beliau menerima pesanan yang banyak dek promosi yang giat beliau jalankan. Pendapatan beliau kini sekitar RM500-800 sebulan dan sedikit sebanyak dapat membantu suami beliau.