| NAMA | : | ASIRA BT ABDULLAH SANI |
| UMUR | : | 35 TAHUN |
| KEAHLIAN | : | 20/10/2016 |
Latar belakang
Puan Asira merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan hanya membantu suaminya Encik Suhaimi. Beliau seorang yang bergiat aktif dalam Persatuan Wanita ( GPW ) di kawasan Felda Sungai Retang. Beliau membuat kerja-kerja menggunakan tulisan tangan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau sekitar RM50 hingga RM100 sebulan. Beliau adalah stokis bagi produk Meeracle dan dengan keuntungan yang sedikit menyukarkan beliau untuk menambah modal dan membantu suami beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas computer yang disediakan khas, beliau kini lebih bijak menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat poster iklan produk beliau. Disamping itu, dengan pengetahuan mengenai Microsoft Ecxel yang diterima dari petugas beliau mudah membuat kira-kira keuntungan untuk produk beliau. Kini, beliau tidak memerlukan bantuan modal dari suami untuk menambahkan stok kerana pendapatan beliau mencecah RM200 hingga Rm500 sebulan.
