mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Suku Tahun 2/2018 : Rohana binti Harun

Capture
NAMA ROHANA BINTI HARUN 
UMUR  55 TAHUN 
KEAHLIAN  24/4/2017 

 

Latar belakang

Puan Rohana merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan hanya membantu suaminya Encik Razali. Beliau mempunyai sebuah kedai gas yang menjadi keperluan penduduk di sekitar Felda Sungai Retang. Disamping membantu suaminya beliau juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian barangan kesihatan dari Olive Oil House.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Pelanggan pula kebanyakkan tidak mengetahui mengenai perniagaan yang beliau jalankan.Beliau hampir berputus asa kerana produk yang beliau jalankan kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Sungai Retang, beliau kini lebih arif degan cara yang efektif bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700. Tambahan lagi, beliau dapat membantu suami menambah modal perniagaan.