mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Suku Tahun 1/2018 : Siti Zainab binti Harun

9
NAMA  SITI ZAINAB BINTI HARUN 
UMUR  57 TAHUN 
KEAHLIAN  22/10/2016 

 

Latar belakang

Puan Zainab merupakan seorang surirumah dan suaminya juga tidak bekerja. Mereka memiliki sebuah Homestay bersebelahan dengan rumah beliau. Kehidupan mereka hanyalah bergantung kepada gaji bulanan hasil ladang masih tidak mencukupi untuk menampung anak yang masih bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, “Homestay” beliau hanya dikenali oleh orang kampung dan yang tinggal berdekatan sahaja. Homestay beliau sering menjadi pilihan terakhir oleh kebanyakan keluarga yang ingin menginap jika ada sebarang kenduri. Pendapatan kasar beliau hanya sekitar RM500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengetahui mengenai keistimewaan kelas keusahawanan PI adalah melalui rakan-rakan. Justeru itu, beliau terus menghadiri kelas keusahawanan yang telah disediakan dan belajar cara mempromosikan prkhidmatan “Homestay” beliau. Setelah membuat promosi menggunakan aplikasi dashboard Myshop dan whatsapp beliau kini menjana pendapatan hampir RM2000 sebulan.