PERUSAHAAN KEDAI BURGER DAN KEDAI MAKAN B.16
| Nama | : | Alisza Aini binti Ahmad |
| Umur | : | 46 tahun |
| Keahlian | : | 2016 |
Latar belakang
Puan Alisza telah mula berniaga secara kecil-kecilan sejak berpindah dari Kuala Lumpur pada 10 tahun yang lalu.Kehidupan beliau banyak bergantung kepada perniagaan burger tersebut. Pada hujung tahun 2016 beliau telah mendaftarkan ahli sebagai ahli PI Felda Sungai Retang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perniagaan beliau dahulu hanya melibatkan penduduk disekitarnya sahaja. Beliau tidak pandai untuk mempromosikan lagi kedai burgernya. Malahan beliau adalah seorang yang sangat pemalu. Bagi menarik minat pelanggan untuk ke kedai, beliau hanya menulis tangan menu dan harga serta menumpang berniaga di kedai makan sepupu beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri beberapa kelas usahawan yang telah disediakan, beliau kini sudah boleh membuat menu yang cantic dan kreatif. Disamping itu, beliau juga sudah masih menggunakan facebook dan aplikasi whatsapp untuk membuat khidmat hantaran ke rumah. Beliau seorang yang sangat berminat terhadap kebaikan komputer dan internet.