PERNIAGAAN “ONLINE” BARANG KOSMETIK
| Nama | : | Nor Akma Azmira binti Semah |
| Umur | : | 22 tahun |
| Keahlian | : | 2017 |
Latar belakang
Puan Akma mula menjalankan perniagaan secara atas talian setahun yang lalu. Sebelum itu beliau hanya membantu ibu nya berniaga kedai makan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau lebih banyak menghabiskan masa membantu ibu dan keluarga mengusahakan perniagaan kedai makan. Beliau seorang yang berminat dengan “makeup” dan barangan kecantikan. Setelah beliau menyertai kelas usahawan yang PI jalankan beliau mula tertarik untuk menjalankan perniagan atas talian (online).
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas usahawan yang disertai oleh beliau kini beliau lebih aktif mempromosikan produk beliau. Permulaan beliau hanyak seorang “dropship” tetapi sekarang beliau sudah naik menjadi stokis di kawasan tempat tinggal beliau. Melalui kaedah pengiklanan yang diajar, apa sahaja produk yang beliau jual selalu menjadi pilihan penduduk setempat.