mcmc
Kisah Kejayaan

Celik ICT Suku tahun 2/2019 : Nur Fitri Aqilah binti Norman

AQILAH
   NAMA   NUR FITRI AQILAH BINTI NORMAN 
   UMUR  11 TAHUN 
   KEAHLIAN  10 OGOS 2016 

 

Latar belakang

Adik Aqilah seorang pelajar yang tidak menggunakan computer untuk kegunaan kerja sekolah yang menetap di Felda Sungai Retang. Beliau sering mengadu sukar untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberi oleh guru kerana ketidakpandaian beliau menggunakan computer. Beliau mula mengikuti kawan dating ke pusat internet dan mula berjinak-jinak dengan computer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum ini beliau sering meminta bantuan rakan untuk menyiapkan kerja sekolah. Disebabkan itu, beliau sering lambat menghantar kerja dan sering dimarahi gurunya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah beliau mula menghadiri kelas beliau sudah mula menyiapkan kerja menggunakan computer. Disamping itu, beliau seorang yang rajin hadir ke setiap kelas yang disediakan dan menghasilkan kerja yang kreatif. Dengan pengetahuan computer yang Beliau ada, beliau juga sering membantu kawan-kawan beliau semasa kelas dan diluar kelas.