NAMA | : | KHATIJAH BINTI MOHD YUNUS |
UMUR | : | 40 TAHUN |
KEAHLIAN | : | 23 NOVEMBER 2016 |
Latar belakang
Puan Khatijah atau nama panggilannya Kak Tie merupakan seorang surirumah yang tidak bekerja. Suami beliau bekerja sebagai buruh ladang dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Beliau memulakan perkhidmatan menjahit baju bagi menampung belanja harian dan pembelajaran anak-anaknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau sering mengadu dan meminta pendapat bagaimana untuk menambah pendapatan disamping bagaimana untuk membantu suaminya. Beliau sering mengalami masalah dari segi pengurusan pembelajaran sekolah anaknya. Sebelum ini pelanggan beliau hanya beberapa orang kerana kurang promosi. Pendapatan beliau hanya sekadar RM50-RM200 setiap bulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet beliau mula menghadirkan diri ke program dan kelas. Beliau juga mempunyai kelas peribadi dengan petugas kerana kekangan masa dan beliau tidak pernah terlepas dari menghadiri. Melalui kelas yang dijalan beliau mula belajar teknik dan tips promosi yang betul dan efektif. Kini, pendapatan beliau mencecah RM200-RM400 sebulan.