mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Suku Tahun 3/2017 – Nurni Aidah binti Razali

PERNIAGAAN KUIH-MUIH TRADISIONAL

  Nama  Nurni Aidah binti Razali 
  Umur  35 tahun 
  Keahlian  2017

 

Latar belakang

Puan Nurni atau panggilan manja adalah Noniey sudah berniaga bersama ibunya sejak kecil lagi. Perniagaan mereka hanyalah disekitar kawasan Felda Sungai Retang dan tertumpu ketika pasar malam dan waktu pagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau sebelum ini cukup untuk perbelanjaan harian disamping membantu suaminya bagi menampung keluarga. Setelah mempelajari beberapa cara untuk menarik minat orang ramai terhadap kuihnya, kini beliau sering mendapat tempahan dari luar kawasan Felda Sungai Retang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kelas yang telah disediakan oleh petugas sedikit sebanyak dapat membuka minda beliau untuk menarik orang ramai untuk menempah kuih. Kini, tempahan beliau juga datang dari PI sendiri serta majlis-majlis dan program-program di sekitar daerah Tembeling tengah. Setelah produk beliau dipromosikan di Dashboard Myshop orang ramai mudah mencari perkhidmatan membuat kuih untuk mesyuarat dan sebagainya.