mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2017

ENGLISH TUITION

Tarikh 4,25 November 2017 
Masa  9.00 pagi – 11.00 pagi 
Tempat  “Surfing Area” PI1M Felda Sungai Retang 
Penglibatan 2 orang pelajar

 

Tujuan

Membantu memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah dan memahirkan tatabahasa Bahasa inggeris.

 

Aktiviti

Aktivitinya adalah Pembelajaran kata adjektif, dan kata nama serta membuat latih tubi. Petugas menyemak kertas soalan peperikasaan dan membuat pembetulan serta memperbaiki kesilapan dan kelemahan dalam menjawab soalan pemeriksaan. 

 

KELAS ICT : GPW E

Tarikh 9,16,23 November 2017 
Masa  10.00 pagi – 11.00 pagi 
Tempat  Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang 
Penglibatan  Ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Sg Retang

 

Tujuan

Membantu para wanita untuk lebih berdaya saing dan juga untuk membina wanita yang celik IT.

 

Aktiviti

Antara aktiviti adalah peserta diberi pengetahuan untuk mengetahui cara-cara untuk memasukan bentuk-bentuk serta pengubahsuaian sesuatu bentuk. Mengubah kedudukan sesuatu bentuk dari suatu tempat ke tempat yang lain dan mengenali internet serta cara penggunaannya. Mempelajari menggunakan browser dan ‘enjin carian’ ,belajar mencari tutorial pembuatan sesuatau di laman ‘YOUTUBE’ dan melakukan latihan berdasarkan latihan yang diberikan. Disamping itu, peserta diajar cara mencari bahan di internet dengan menggunakan ‘enjin carian’ ‘goggle’ dan menonton cara membuat kek coklat di laman youtube.

 

TABIKA KEMAS : MOUSE AND KEYBOARDING CLASS

Tarikh 17 November 2017 
Masa  9.00 pagi – 12.00 tengahari 
Tempat  “Surfing Area” PI1M Felda Sungai Retang 
Penglibatan  Pelajar Tabika Kemas Felda Sungai Retang 

 

Tujuan

Membantu peserta untuk memiliki kemahiran menaip secara professional supaya dapat membina masyarakat yang berdaya saing.

 

Aktiviti

Modul yang diajar adalah mengenali kekunci yang  terdapat pada keyboard dan juga mengenal pasti fungsi pada papan kekunci. Di akhir kelas peserta diberi tayangan penerangan dan animasi.

 

HARI DASHBOARD KOMUNITI 

Tarikh 18 November 2017 
Masa  9.00 pagi – 2.00 petang 
Tempat  PI1M Felda Sungai Retang
Penglibatan  Komuniti Felda Sungai Retang

 

Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti dan mendorong komuniti untuk berkomunikasi di laman ‘Dashboard Komuniti’

 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas adalah mengadakan Pertandingan. Antaranya adalah Selfie terbaik, ‘view & win’, Best product (myshop), Pemeriksaan kesihatan dan Lucky Draw.

 

PROGRAM I-BESTARI SEKOLAH RENDAH

Tarikh 29 November 2017 
Masa  9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat  Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang 
Penglibatan  Pelajar Sekolah Rendah 

 

Tujuan

Mendorong para pelajar agar menjadi lebih celik IT dan memperkenalkan cara mudah dan efektif dalam melakukan pembelajaran. 

 

Aktiviti

Taklimat pengenalan kepada mySkool Dashboard Komuniti serta memperkenalkan kepada pelajar tentang laman i-Bestari serta kelebihannya. Tutorial oleh Cikgu Shah kepada cara penggunaan laman tersebut dan praktikal penggunaan laman i-Bestari oleh para pelajar. 

 

Gambar di sini