KELAS ICT : GPW E
| Tarikh | : | 7,14 September 2017 |
| Masa | : | 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Tempat | : | Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Wanita |
Tujuan
Kelas ini diadakan pada setiap 2 kali seminggu pada setiap hari Khamis. Disamping itu, dengan adanya kelas ini walaupun mereka berada di luar bandar mereka juga mampu untuk menjadi seorang wanita celik IT dan mampu berdiri setanding dengan wanita bandar.
Aktiviti
Modul pembelajaran mengenai keyboarding skill upper row dan pengenalan asas kepada Aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar kemudian diberi latihan untuk melihat tahap kefahaman mereka sepanjang kelas berjalan.
HARI DASHBOARD KOMUNITI
| Tarikh | : | 23 September 2017 |
| Masa | : | 9.00 pagi – 2.00 petang |
| Tempat | : | Pusat Internet 1Malaysia Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Warga penduduk |
Tujuan
Program ini dijalankan bertujuan untuk mempromosikan Aplikasi Dashboard kepada masyarakat setempat mengenai kebaikan yang ada. Disamping itu, dengan adanya program sebegini ddapat menyeru masyarakat agar dapat menjadikan Dashboard sebagai satu wadah penyampaian maklumat yang utama.
Aktiviti
Pendaftaran peserta program bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 9.00 pagi. Kemudian, peserta diminta masuk dan mengambil tempat sebelum taklimat advokasi Dashboard Komuniti disampaikan. Antara pengisian taklimat adalah tutorial penggunaan dan cara untuk memuat turun aplikasi bagi pengguna telefon bimbit. Setelah selesai taklimat, video mengenai Klik dengan Bijak di tayangan supaya peserta lebih terbuka akan keburukan dan kebaikan internet. Jamuan makan pada jam 12.00 tengahari.
SAMBUTAN HARI ASYURA BERSAMA KOMUNITI
| Tarikh | : | 26 September 2017 |
| Masa | : | 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Tempat | : | Masjid Jamek Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Warga penduduk |
Tujuan
– Mengeratkan hubunan antara petugas dan warga tempatan.
– Memperingati peristiwa 10 muharam, dimana terlahirnya hari asyura
Aktiviti
– Menyediakan tempat untuk memasak bubur asyura.
– Persediaan awal bahan – bahan untuk memasak bubur dan juga makan tengah hari.
– Seterusnya aktiviti mengacau dan memasak bubur
– Jamuan makan tengah hari.
– Pengagihan bubur asyura kepada penduduk kampung
KELAS ICT : MADRASAH
| Tarikh | : | 30 September 2017 |
| Masa | : | 3.00 petang – 5.00 petang |
| Tempat | : | Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang |
| Penglibatan | : | Belia |
Tujuan
Membantu para pelajar agar menjadi celik IT.
Aktiviti
– Belajar Microsoft Office word dan fungsi icon pada interface aplikasi.
– Memperkenalkan kiddle.com
– Mempelajari cara untuk ‘copy & paste’ artikel dari laman sesawang.