mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos : Kelas ICT – Mouse & Keyboard with Tabika Kemas

Tarikh  25 Ogos 2017 
Masa  9.00 pagi – 12.00 tengahari 
Tempat  Bilik Latihan PI1M Felda Sungai Retang 
Penglibatan  10 orang 


Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai penggunaan komputer. Kelas ini diadakan pada setiap bulan dan dihadiri oleh 10 orang pelajar tabika yang terdiri dari usia 6 dan 5 tahun. Pendedahan mengenai komputer sedikit sebanyak dapat memupuk minat pelajar sedari usia 5 tahun. Disamping itu, pelajar dapat mendekatkan diri kepada dunia ICT selaras dengan generasi masa kini. 

Aktiviti

Pelajar diajar mengenali komponen yang ada terdapat pada komputer dan cara menggunakannya. Kelas akan bermula dengan ketibaan pelajar pada jam 9.00 pagi dan akan berakhir pada jam 10.30 pagi. Kemudian, pelajar akan diberikan masa rehat dan pada masa inilah pelajar akan minum pagi. Selepas selesai rehat, pelajar diberi tayangan filem animasi dalam bahasa inggeris di sambil membuat aktiviti mewarna. Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.

 Gambar di sini