Pada malam 4 Mei 2018, Majlis Belia Felda Sungai Retang telah mengadakan program ramah mesra bersama penduduk Felda Sungai Retang. Disamping itu, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan bagi menghargai penduduk yang hadir. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut.
- Menyediakan barbeque(BBQ) ayam dan sosej serta menyediakan bihun sup untuk santapan orang ramai.
- cabutan bertuah juga diberikan kepada semua yang hadir tanpa mengira umur.
- ucapan daripada ketua kampung dan juga Pengurus Felda.
Sebagai penutup kepada program tersebut, sesi bergambar bersama ahli dan juga penduduk diadakan.