Pada tanggal 10 Disember 2016, YB Dato’ Sri Wan Amizan Bin Wan Abd Razak telah datang berkunjung untuk melihat Pusat Internet 1 Malaysia Felda Sungai Retang. Pada Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti terdahulu beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu dan hanya menghantar wakil untuk merasmikan. Jadi, dikesempatan ini beliau berbesar hati telah menandatangani plak perasmian bagi P1IM Felda Sungai Retang. Pihak kami sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi hadir ke PI1M Felda Sungai Retang.