Tarikh | : | 9 Januari 2018 |
Masa | : | 2.30 petang – 6.00 petang |
Tempat | : | Bilik Mesyuarat JKKK Felda Sungai Retang |
Penglibatan | : | Ahli JKKK, petugas PI1M , wakil Felda. |
Mesyuarat ini diadakan setiap awal bulan bagi membentangkan isu-isu semasa yang berlaku pada bulan sebelumnya. Setiap biro yang dilantik akan membentangkan isu yang berlaku semasa di bawah jagaan mereka. Disamping itu, petugas PI1M juga tidak terkecuali untuk menyertai mesyuarat dan melaporkan serba sedikit perjalanan program yang telah dan akan berlaku. Pengerusi, Encik Suran menyeru ahli beliau untuk mendaftar ahli dan menyertai kelas yang petugas sediakan.