Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 4. Kami menerima sambutan yang amat menggalakkan setakat ini. Namun begitu, kami maklum bahawa masih terdapat beberapa NADI yang belum berkesempatan mendaftarkan peserta. Sehubungan itu, kami ingin menggalakkan penyertaan daripada setiap NADI agar peluang berharga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Pengenalan :
Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Syarat-syarat Penyertaan :
1.Warganegara Malaysia
2.Berusia 7 – 17 tahun
3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga
*Makluman Penting
Penyertaan dari setiap NADI hanya akan diambil dari peserta yang berdaftar Cohort sahaja. Jika terdapat peserta yang mengikuti aktiviti tanpa daftar Cohort, sila daftarkan melalui pautan disediakan.
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN COHORT 4 : KHAMIS, 31 JULAI 2025
