Pada 25 April 2017, Pusat Internet 1Malaysia Kluster (gugusan) jerantut telah menyertai pameran di Sekolah Kebangsaan Jerantut Bagi Pelancaran Jom Membaca 10 minit Peringkat Daerah Jerantut. Kami membuka “booth” pameran bagi mempromosikan perkara berikut :
- Mempromosikan Mobile E-Waste
- Mempromosikan PI1M Daerah Jerantut
- Pendaftaran Ahli Baru
- Mempromosikan Klik Dengan Bijak (KDB)
- Pemeriksaan Kesihatan (MyHealth)
- Mempromosikan Dashboard Komuniti
Program tersebut berlansung dari 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Antara pengunjung yang hadir adalah Pelajar, guru, pekerja sokongan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).








