mcmc
Keusahawanan

Penternakan Ikan di Kolam – Encik Suran bin Hj Jaffar

Kolam ikan ini mula digunakan pada penghujung tahu 2016 oleh Encik Suran ketika beliau memulakan penanaman terung. Kawasan ini terbiar sudah lama dan hampir dipenuhi oleh lalang dan rumput. Beliau mula mengambil alih kawasan ini untuk dijadikan tempat penanaman dan penternakan ikan. 

Pada 23 Januari 2018, beliau diberikan ikan yang telah dikacuk iaitu Kerai dan Lampam oleh Pejabat Pertanian untuk dibiakkan di dalam kolam beliau. Beliau menerima 5000 ekor anak ikan secara percuma dan ini sedikit sebanyak telah menyuntik lagi semangat beliau. Program ini dihadiri oleh 2 orang pegawai pertanian dan Penghulu Mukim Tembeling Tengah serta beberapa orang ahlijawatankuasa JKKK Felda Sungai Retang.