mcmc
Keusahawanan

Perkhidmatan Menjahit Pelbagai Jenis Pakaian Lelaki dan Wanita

faridah ushawan

Puan Faridah seorang surirumah yang berjauhan dengan suami dan anak. Suaminya tinggal di Kuantan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Beliau berkorban tinggal bersendirian membuatkan beliau mula berjinak-jinak dengan budang jahitan. Anak-anak beliau sudah besar dan belajar hingga Universiti. Puan Faridah menggunakan keuntungan dari menjahit baju untuk menampung pembelajaran anak-anaknya.

Sebelum ini beliau hanya menerima tempahan dari orang-orang kampung di sekitar Felda Sungai Retang. Beliau tidak menggunakan mana-mana aplikasi atas talian bagi mempromosikan perkhidmatan menjahit beliau. Pendapatan beliau sekitar RM100 sebulan dan kurang pelanggan dek kerana kurang promosi.

Beliau memulakan promosi di media sosial setelah belajar sendiri cara-cara menggunakan aplikasi Whatsapp. Beliau juga menyertai kelas usahawan dan program yang Pusat Internet Felda Sungai Retang jalankan bagi mempromosikan perkhidmatan menjahit beliau. Kini, beliau kerap mendapat tempahan dari bakal-bakal pengantin dan penduduk di luar Felda Sungai Retang. Pendapatan beliau kini mencecah hampir RM500-800 sebulan atau lebih.