mcmc
Keusahawanan

Perniagaan Makanan “Homemade Pizza”

1.png

Puan Rohaya merupakan seorang surirumah dan mempunyai 2 orang cahayamata yang sudah bersekolah. Beliau memulakan perniagaan secara atas talian setahun yang lepas selepas beliau selesai kursus memasak yang beliau hadiri.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Pelanggan pula kebanyakkan tidak mengetahui mengenai perniagaan yang beliau jalankan. Beliau menjalankan pelbagai kerja bagi menampung hidup seharian.Produk beliau diiklankan kepada jiran-jiran dan penduduk sekitar sahaja kerana beliau tidak mahir menggunakan computer untuk membuat poster.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Sungai Retang dan kursus yang dihadiri, beliau kini lebih arif dengan cara yang efektif bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk beliau. Promosi yang beliau lakukan mendapat sambutan yang hangat daripada pelangan yang berada jauh di Bandar. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700.