mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Felda Sg Retang

PI1MFELDASGRETANG

 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Sungai Retang mula dibina pada hujung tahun 2015, dan siap sepenuhnya pada awal taun 2016. PI1M Felda Sungai Retang mula beroperasi pada 15 Julai 2016 setelah lulus SAT dengan jayanya yang telah dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ). Maka secara rasminya PI1M ini dibuka untuk komuniti setempat tanpa mengira had usia mahupun bangsa. PI1M Felda Sungai Retang tergolong dalam Fasa 8 Clawback 2014 dan merupakan satu-satunya pusat internet di mukim Tembeling Tengah, daerah Jerantut, Pahang. Disebabkan itu, PI1M ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin belajar dan menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan dengan harga yang berpatutan.