mcmc
Pendidikan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RETANG

smk retang

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Retang atau nama ringkasnya SMK Sungai Retang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang. Ia terletak kira-kira 35 km dari Bandar Jerantut. Pada masa ini (setakat Januari 2019), jumlah pelajar adalah seramai 203 orang pelajar. Seramai 28 orang guru berkhidmat di sekolah ini.

SMK Sungai Retang mula dibuka pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, pelajar dan guru terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Retang selama setahun disebabkan bangunan sekolah belum siap sedia digunakan .Akhirnya , pada 1 Januari 2003 SMK Sungai Retang mempunyai bangunan sendiri.Peperiksaan SPM pertama adalah pada tahun 2005.

Senarai Pengetua

  1. Tuan Haji Zainul Abidin bin Daud (2005 – 2007)
  2. Tuan Haji Bakri bin Salim (2007 – 2010)
  3. Puan Rahana binti Abdul Malik (2010 – 2011)
  4. Tuan Haji Abdul Razak bin Ismail (2012 – 2013)
  5. Tuan Haji Romely bin Omar (2014 – sekarang)

Buat masa ini (Januari 2019) seramai 26 orang guru dan 6 orang staf sokongan yang sedang berkhidmat di sekolah ini. Antara staf yang paling lama berkhidmat di sekolah ini ialah Puan Hjh Norfarizah binti Rahman (mulai 2004) dan Encik Nuzul Akmar bin Abd Razak (2002).

Pencapaian Kokurikulum

Peringkat Negeri Pahang

  • Johan Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Pahang (2014)
  • Naib Johan Pertandingan Ikhtiar Hidup Puteri Islam Peringkat Negeri Pahang (2016)

Peringkat Kebangsaan

  • Wakil Negeri Pahang Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan (2014)
  • Pingat Emas Pertandingan “Innovation And Invention in Education ” (2016) – Kategori Sekolah

Alamat

SMK Sungai Retang
27000, Jerantut
Pahang, Malaysia
Telefon = + 609-3132050
Fax = +609-3132094
Email : smksrkita@gmail.com
Sumber : 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Sungai_Retang

             

   https://www.facebook.com/smksungairetang/?fref=ts