Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak MCMC dan LAZADA bergabung menjalankan program e-commerce untuk usahawan yang terlibat secara langsung atau tidak dengan Pusat Internet 1Malaysia. Program yang akan dijalankan ini mempunyai 2 sesi seperti berikut :
session 1 : “online streaming” dengan para usahawan ( 4jam)
session 2 : TTT untuk petugas Pusat Internet 1Malaysia.
NOTE :
- Latihan akan dijalankan menggunakan ‘webinar/onlie streaming”, maksudnya usahawan akan menjalani latihan secara atas talian terus dengan pihak pengajar.
- Berkenaan dengan waktu sesi adalah selama 3-4 jam sahaja, jadi makanan dan minuman tidak akan disediakan.
- Sesi ini dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia yang terdekat dan tiada bayaran oleh peserta akan dikenakan.
Kepada semua usahawan yang berminat untuk mempromosikan sekaligus menjual produk anda di LAZADA bolehlah menghantarkan nama kepada petugas Pusat Internet 1Malaysia anda yang berhampiran. Semua latihan yang diberikan ini tidak memerlukan apa-apa bayaran dari anda.